Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pengeluaran air terawat ditingkatkan

7 APR: Beberapa loji rawatan air (LRA) yang menggunakan sumber air mentah dari Sungai Selangor ketika ini sedang meningkatkan pengeluaran  air terawat masing-masing berikutan penambahan aliran air sungai selepas hujan beberapa hari lalu.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), loji berkenaan ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2, LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Sungai Rasa dan LRA Rantau Panjang.

airpaip“Bekalan air tambahan telah disalurkan Syabas ke kawasan terlibat dengan catuan, namun situasi ini bersifat sementara. Justeru itu, pengguna di kawasan terlibat dengan catuan digesa supaya sentiasa cermat dan membuat simpanan air mencukupi dari semasa ke semasa,”kata Syabas dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun Syabas memaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memberitahunya paras empangan Sungai Selangor masih lagi berada di paras rendah.

Sehubungan itu, pengguna di kawasan terlibat termasuk yang tidak terlibat dengan catuan disarankan untuk terus berhemat menggunakan air.

“Pengguna juga diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang semata-semata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakkan sistem paip agihan. Perbuatan ini melanggar Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi,”kata Syabas.

Pada masa sama, Syabas turut mengingatkan Badan Pengurus Bangunan (JMB) bagi kediaman bertingkat seperti flat dan kondominium supaya mengawal paras kolam simpanan air masing-masing sehingga mencapai paras yang stabil sebelum melepaskan air kepada penduduk.

Ini bagi membantu penduduk berkenaan menerima bekalan air mengikut tempoh yang dijadualkan. – bnbbc.my

 

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 April 2014 1:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: