Kategori Berita Utama

Pengerusi agensi kerajaan perlu angkat sumpah elak ketirisan

5 OGOS : Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad menyambut baik gesaan PERKASA supaya pengerusi agensi kerajaan menjalani upacara angkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong dan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Katanya, meskipun cadangan tersebut belum pernah lagi dilaksanakan, namun ia adalah langkah yang baik bagi mengelakkan ketirisan serta rasuah.

felda-isa-samad2“Ini satu cadangan yang baik, mungkin sebab ada beberapa peristiwa yang telah berlaku maka pada saya cadangan tersebut boleh dilaksanakan bagi menjaga kerahsiaan walaupun telah bersara.

“Sebab seperti saya yang pengerusi bagi syarikat GLC, bukannya kekal sampai bila-bila, saya pun dilantik oleh kerajaan, bila-bila masa boleh ditukar, lainlah kalau syarikat tu ayah saya punya,” katanya pada sidang media di majlis rumah terbuka sempena sambutan hari raya aidilfitri, Selasa.

Terdahulu, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata gesaan tersebut adalah perlu bagi mengelakkan salah laku pengerusi termasuk menyalahgunakan kuasa atas kepentingan sendiri.

Jelas Ibrahim lagi, melalui acara angkat sumpah tersebut, ia dapat mengurangkan gejala rasuah dan ketirisan yang tetap berlaku meskipun ada penggubalan undang-undang.

“Walaupun kita dah tak dilantik, tapi kita perlu menjaga kerahsiaan sesebuah syarikat, bermakna kita tak perlu merapu tak tentu pasal, walaupun dah bersara kita masih terikat de gan akta kerahsiaan,” jelas Isa lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 10:12 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: