Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pengerusi DAP Johor didesak berundur

24 DIS: Setelah memegang jawatan Pengerusi DAP Johor selama tiga penggal, Dr Boo Cheng Hau diminta berundur untuk memberi laluan kepada calon lain yang lebih muda dan berkelayakkan.

Desakkan tersebut bukan datang dari luar tetapi dalam parti itu sendiri.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Ong Kow Meng yang juga Naib Pengerusi DAP Johor dan bekas ADUN Bentayan Gwee Tong Hiang mahu DAP Johor dipimpin oleh kepimpinan baru yang lebih berkaliber.

DIGESA BERUDUR...Dr Boo Chee Hau, Pengerusi DAP Johor

DIGESA BERUDUR…Dr Boo Chee Hau, Pengerusi DAP Johor

Mereka mendesak Dr Boo menunaikan janjinya sebelum ini untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan kepimpinan negeri yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

“Kita berharap Dr Boo akan menunaikan janjinya dengan tidak bertanding pada pemilihan DAP Negeri Johor yang dijadualkan pada 12 Januari depan. Ramai pemimpin lain yang lebih berkeupayaan untuk mengisi jawatan itu,” kata Ong kepada pemberita.

Ong yang juga seorang peguam berkata, beliau juga tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Naib Pengerusi DAP Johor dalam pemilihan akan datang.

Tanpa berselindung, Ong menamakan ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching sebagai antara calon yang layak untuk mengisi jawatan Pengerusi DAP Johor yang baru.

Chin Tong sebelum ini mendapat undi tertinggi pada pemilihan jawatankuasa pusat DAP yang lalu dan juga merupakan Pengarah Pendidikan Politik parti itu manakala Teo pula adalah Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.

Tong Hiang yang tidak memegang sebarang jawatan dalam DAP juga menyatakan beliau tidak bercadang bertanding apa-apa jawatan pada pemilihan parti Januari depan.

Jelasnya, DAP Johor memerlukan pemimpin muda yang lebih berkemampuan dan bersikap neutral untuk menerajuinya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 December 2013 7:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: