Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pengguna LDP terkejut kren tumbang

8 DIS: Pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan penduduk taman perumahan di Petaling Jaya  dikejutkan dengan insiden kren tumbang.

Dalam kejadian 7.30 pagi tadi di Jalan SS/20, sebuah kren yang sedang mengangkat papan tanda iklan tumbang secara tiba-tiba dan hampir menghempap beberapa rumah dan kenderaan.

Bagaimanapun kren terbabit dilaporkan tumbang ke arah kawasan yang tidak berpenghuni.

Namun beberapa kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan kecil akibat kesan  papan tanda iklan yang tumbang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 December 2017 7:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: