Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pengumuman kuota tarif FIT untuk syarikat ditunda

18 MAC: Kuota Tarif Galakan (FIT) Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) kepada syarikat-syarikat yang dijangka diumumkan oleh Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) pada Selasa ditunda ke suku kedua tahun ini.

“Penangguhan ini untuk membolehkan SEDA memperhalus cadangan mereka,” kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2014 di ibu negara, Selasa.

FiT SEDASEDA dimandatkan di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu (RE) 2011 untuk mentadbir dan memantau mekanisme FIT yang dilaksanakan pada Disember 2011.

Sehingga akhir Januari 2014, SEDA menerima 3,498 permohonan kelulusan tarif galakan dan 2,760 permohonan diluluskan dengan jumlah keupayaan RE mencecah 536.07 megawatt (MW).

Jumlah diluluskan aplikasi galakan untuk kaedah solar fotovoltan (PV) ialah 2,700 atau 39 peratus, dengan jumlah kapasiti 209.06 MW, biojisim 18 atau 31.06 peratus dengan jumlah kapasiti 166.49 MW, 22 hidro kecil atau 24.44 peratus dengan jumlah kapasiti 130.99 MW dan biogas 20 atau 5.51 peratus dengan jumlah kapasiti 29.53 MW.

Pengerusi SEDA, Datuk Yee Moh Chai berkata, pada akhir Januari 2014, jumlah keseluruhan pencapaian kapasiti RE ialah 163.19 MW, dengan solar mendahului sebanyak 85.36 MW PV, diikuti biojisim sebanyak 50.4 MW serta hidro kecil dan biogas masing-masing sebanyak 15.7 MW dan 11.73 MW.

“Ini adalah satu pencapaian yang ketara kerana mekanisme FIT ini telah berjaya mencapai keputusan yang lebih baik dalam tempoh yang lebih singkat berbanding Program Kuasa Tenaga Boleh Baharu Kecil yang merangkumi lebih dari satu dekad, daripada Rancangan Malaysia Kelapan hingga Kesembilan,” kata Yee.

Yee berkata sejak 1 Dis 2011, pengguna elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbang caj tambahan satu peratus ke dalam dana tenaga RE, kecuali pengguna domestik yang menggunakan tidak lebih daripada 300 kilowatt sejam sebulan.

“Dana RE ini penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan FiT di Malaysia,” katanya.

Kerajaan, bermula Januari 2014, telah menyemak semula tarif elektrik di Semenanjung Malaysia kepada 14.89 peratus dan Sabah 16.9 peratus.

Beliau berkata selaras dengan semakan semula tarif, caj tambahan untuk dana RE telah dipinda kepada 1.6 peratus.

“Tarif itu sekarang dikenakan ke atas pengguna elektrik di Sabah dan Labuan.

“Ini bermakna orang sana boleh terlibat dalam mekanisme FIT juga,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 March 2014 8:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: