Kategori Berita Utama

Pengundi bandar mula beralih sokong BN

24 FEB: Pengundi di kawasan bandar dilihat mula beralih untuk menyokong BN susulan tertarik dengan usaha kerajaan meringankan beban rakyat, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Dalam keadaan sekarang hanya perubahan luar biasa dalam hati rakyat iaitu jika mereka berpura-pura menyokong kerajaan boleh menjadikan keadaan sebaliknya tetapi saya melihat trend pemikiran rakyat masa kini menunjukkan perkara ini mustahil berlaku.

“Namun golongan pengundi bandar sudah menyedari BN sentiasa melakukan yang terbaik untuk negara ini akan terus menyokong kerajaan,” lapor Bernama.

Pada masa saya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mempunyai asas kukuh bahawa pemimpin pembangkang akan saling merebut jawatan Perdana Menteri.

Katanya pembangkang mungkin mempunyai calon yang hebat tetapi mereka tidak mempunyai kekuatan rakyat, berbeza dengan calon BN yang sentiasa turun padang untuk bertemu dan menghulurkan bantuan.

“Saya juga melihat UMNO sebagai parti teras BN terbukti mengamalkan dasar kongsi kuasa dengan rakan-rakan komponennya tanpa masalah dan diterima baik oleh rakyat kebanyakan,” kata Shahidan (foto).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 February 2018 11:46 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: