Kategori PRK DUN Kajang N25

Pengundian di Kajang lancar hanya kekecohan kecil setakat ini

23 MAC :  Proses pengundian PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang bermula tepat jam 8 pagi tadi lancar dengan cuaca baik.

Setakat ini hanya kekeocohan kecil akibat provokasi jentera parti di SK Kajang tetapi ditenteramkan polis.

Sejumlah 38,055 pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya kecil ini

prkkajang1Sebanyak 16 pusat mengundi membabitkan 84 saluran dibuka hingga jam 5 petang hari ini dengan dibantu 673 petugas pilihan raya. 

Calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun,50, prkkajang6memulakan lawatan di Sekolah Kebangsaan Sungai Chua manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62, yang mewakili PKR, di Sekolah Menengah Convert Jalan Gereja Kajang

Kedua-dua calon yang bertanding tidak mengundi sebaliknya hanya meninjau beberapa pusat pengundian dan berjumpa jentera parti sertu orang ramai.

prkkajang2Pusat mengundi yang dibuka ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Sungai Chua.

Balai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK prkkajang3Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.

Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi di sini.

Seramai 1,050 atau 88.39 peratus daripada 1,197 pengundi awal sudah mengundi Rabu lalu manakala 26 lagi pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.

prkkajang4Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan prkkajang5penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu.

Dalam PRU13 Mei lalu, Chin Cheh menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon Bebas.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 March 2014 10:47 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: