Kategori Berita Utama

Pengundi DUN Balingian pilih pengganti Taib Mahmud hari ini

29 MAC: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N51 Balingian bermula tepat jam 8 pagi Sabtu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 21 pusat pengundian melibatkan 16 buah sekolah rendah dan menengah, tiga dewan serba guna/balai raya serta dua rumah panjang.

Dijangkakan seramai 13, 233 pengundi biasa berdaftar di DUN Balingian bakal memilih wakil rakyat baharu mereka ke DUN Sarawak hari ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang meletak jawatan 28 Februari lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, daripada 21 pusat pengundian itu pusat undi di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Patrick Mukah di Kuala Lama mempunyai jumlah pengundi terbanyak iaitu 1,323 orang dan akan ditutup pada jam 5 petang.

“Pusat mengundi SK Kuala Kenyana Mukah dari daerah Kenyana mempunyai jumlah pengundi paling sedikit iaitu 152 pengundi dan akan ditutup pada pukul 2 petang,” katanya.

PRK DUN Balingian menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Yussibnosh Balo, 48, dan Abdul Jalil Bujang, 55, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

YusufBano selasai undi

Yussibnosh dan isteri Elizabeth Balo bergambar bersama beberapa pemilih yang sudah selesai mengundi pada pagi Sabtu.

Yussibnosh yang merupakan anak tempatan Balingian adalah bekas pegawai daerah Dalat manakala Abdul Jalil yang berasal dari Bintulu merupakan seorang ahli perniagaan.

Yussibnosh yang merupakan pengundi berdaftar di DUN Balingian tiba di Pusat Mengundi Dewan Serbaguna Kg.Tellian Tengah, dengan ditemani isterinya, Elizabeth Balo pada jam 8.50 pagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Manakala Abdul Jalil bukan pengundi berdaftar di DUN Balingian.

Seramai 132 orang atau 99.25 peratus pengundi awal sudahpun menjalankan tanggungjawab mereka ketika proses pengundian awal berlangsung 25 Mac lalu di Dewan Serba guna Ibu Pejabat Polis Mukah.

Pada hari ini, SPR menjangkakan 10,586 atau 80 peratus pemilih akan keluar mengundi.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 March 2014 9:11 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: