Kategori Berita Utama

Pengundi Jerlun bijak pasti pilih BN berkhidmat sepanjang masa

16 APRIL: Penyandang kerusi Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk bertanding di parlimen itu.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi namun percaya yang rakyat akan menilai parti mana yang mampu menyelesaikan masalah setempat dan tidak mempolitikkan sesuatu perkara jika berlaku masalah.

“Saya mengalu-alukan hasrat beliau bertanding di P005 Jerlun. Ini adalah sebahagian proses demokrasi.

“Saya percaya pengundi di Jerlun tahu dan sedar bahawa pilihanraya adalah hak pengundi untuk memilih wakil rakyat yang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka dan tempat rujukan sekiranya perlu dari masa ke semasa,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.

Selain mengumumkan Tun Mahathir Mohamad akan bertanding di Parlimen Langkawi, turut dilaporkan Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah akan bertanding di Parlimen Jerlun dan DUN Jitra.

Tambah Othman calon yang bakal dipilih nanti perlu bersedia mendekati dan mendengar permasalahan rakyat dan bukan cakap kosong.

“Wakil rakyat yang hendak dipilih itu perlu sedia dan sanggup berkhidmat sepanjang masa mudah didekati dan faham isu dan masalah rakyat seharian.

“Saya yakin rakyat Jerlun akan mengundi calon yang mereka boleh harapkan dan dapat membawa kemajuan pelbagai aspek kehidupan rakyat.

“Maka pilihan mereka sewajarnya adalah calon BN yang faham dengan orang Jerlun,” ujarnya. 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 2:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: