Kategori PRK DUN Kajang N25

Pengundi Kajang patut contohi rakyat Kedah

22 MAC: Pengundi di DUN Kajang diingatkan agar mengambil contoh rakyat di negeri Kedah yang telah bertindak menukar semula kerajaan pimpinan parti Barisan Nasional daripada PAS.  

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, rakyat di Kedah sudah muak dengan janji-janji yang dilemparkan oleh pimpinan parti pembangkang sama ada PAS, PKR  mahupun DAP.

Ahmad Bashah berkata, keputusan rasional yang dibuat oleh rakyat Kedah itu adalah berdasarkan pengalaman lima tahun yang dialami mereka bersama pimpinan PAS di negeri itu.

ahmadbashah

Ahmad Bashah

“Alhamdulliah, pimpinan di Kedah pada hari ini seiring dengan pimpinan kerajaan pusat dan kerana itu negeri tersebut kini telah berjaya dibangunkan atas dasar dan matlamat yang lebih jelas.

“Justeru, penduduk di Kajang ini perlu membuat keputusan yang sama seperti rakyat Kedah kerana ia lebih menguntungkan dan akan memberi masa depan yang gemilang kepada anak-anak dan generasi akan datang.

“Sebab itu saya bawa rombongan dari Kedah untuk jelajah Kajang sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) ini berlangsung supaya mereka dapat memperjelaskan kepada rakyat di sini tentang nasib mereka semasa pemerintahan PAS,” katanya.

Ahmad Bashah berkata demikian semasa berucap merasmikan Karnival Koperasi Bersama Rakyat di Padang Awam, Taman Sekamat di sini, malam tadi.

Ahmad Bashah memberitahu, untuk rekod janji yang diungkapkan BN tidak pernah sesekali mengecewakan   tetapi janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang biasanya hanya sekadar ilusi yang sebenarnya tidak nampak.

Katanya lagi, rakyat di Kajang usah memilih jalan kesulitan sebaliknya membuat keputusan bijak dengan memilih kerajaan yang kuat dan boleh memberikan masa depan buat mereka.

Justeru itu, beliau berharap agar pengundi Kajang dapat membuat keputusan tepat dengan memilih BN sebagai parti pilihan mereka dan seterusnya memberikan kemenangan  kepada parti ini pada malam pengumuman 23 Mac nanti.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 March 2014 10:10 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: