Kategori Kolum Ahli Parlimen

Kajian elak pengundi luar jadi ‘komoditi’

“Saya nak syorkan satu kajian mendalam dan terperinci dilakukan berhubung pengundi luar,” itu pendapat Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Kita kena buat kajian yang menyeluruh di 222 kawasan Parlimen. Kawasan Parlimen, yang manakah yang mempunyai pengundi luar paling ramai dari segi peratusannya.” kata Reezal kepada BNBBC.my bila diminta pandangan mengenai pengundi luar yang jadi isu memenangkan PAS dalam pilihanraya kecil DUN Sungai Limau baru-baru ini .

Mana mungkin kita biarkan satu pertiga pengundi luar menentukan nasib dua pertiga pemilih yang menetap di sesuatu kawasan Parlimen atau DUN.

Mana mungkin kita biarkan satu pertiga pengundi luar menentukan nasib dua pertiga pemilih yang menetap di sesuatu kawasan Parlimen atau DUN.

Beliau berpendapat, perlu ada angka bagi menentukan jumlah dan peratusan pengundi luar yang munasabah di sesuatu kawasan Parlimen, mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kata Reezal, mungkin boleh dipertimbangkan agar diwujudkan undang-undang bagi menetapkan had siling jumlah pengundi luar di sesuatu kawasan agar tidak melebihi 30 peratus.

Angka 30 peratus disebut oleh Reezal kerana jika jumlah pengundi luar lebih dari itu bermakna ada kemungkinan satu pertiga daripada jumlah pengundi di kawasan itu menentukan nasib dua pertiga pengundi yang menetap dan itu akan mengakibatkan ketidakadilan dari segi perwakilan.

“Contohnya kalau sesuatu kawasan Parlimen itu mempunyai pengundi luar melepasi 30 peratus tentulah amat tidak masuk akal bahawa di sesuatu kawasan Parlimen itu (wakil rakyatnya) ditentukan oleh mereka yang tinggal di luar, bukan yang menetap di dalam.”

“Itu (pengundi luar yang ramai) akan menyebabkan berlaku penyelewengan iaitu kepentingan orang yang benar-benar  berada di dalam tidak terbela dan diwakili sebaliknya dijadikan bahan mainan kepada orang di luar,” jelas beliau.

Namun Reezal mengakui realitinya peratusan pengundi luar mungkin berbeza di antara satu kawasan dengan yang lain seperti antara bandar dan luar bandar, justeru memerlukan kajian teliti untuk ditentukan had yang munasabah.

“Kita tidak akan tahu sehinggalah satu kajian dijalankan. Kita kena ada data. Dahulu contohnya ada pihak anjurkan kempen Bersih untuk perjuangkan agar satu juta pengundi luar yang berada di luar negara untuk balik mengundi kerana mereka ada hak.”

“Tetapi yang dikatakan satu juta pengundi di luar negara itu akhirnya yang mendaftar hanya 8, 756. Maknanya bila kita nak bercakap biar kita ada data dan statistik yang tepat,” jawap Reezal.

Sambil mengakui isu pengundi luar agak sensitif kerana membabitkan soal hak asasi dan Perlembagaan, Reezal berpendapat kewajaran seseorang pemilih berdaftar menjadi pengundi luar di sesuatu kawasan juga perlu dipastikan kesahihannya.

“Ada dikalangan pengundi luar itu menjadi “bahan komoditi” politik parti-parti tertentu di mana mereka dipindahkan sama ada by default (tidak sengaja) atau by planed (terancang), sama ada realisingly (sedar) ataupun unrealisingly (tidak nyata).”

“Kalau ini yang berlaku, walau susah untuk dibuktikan sama ada ia dilakukan secara sengaja atau tidak, maka ini merupakan kepada saya satu amalan yang tidak baik. Saya tidak tahu sama ada wujud kerangka undang-undang bagi membendung perkara ini,” jelas Reezal.

Isu ini, kata Reezal, sebenarnya pernah dibawa dan dibincangkan di bawah Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya pada penggal Parlimen yang lalu dan beberapa saranan sudah dikemukakan untuk pertimbangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Apa yang penting ialah wujud ketidakwajaran untuk membiarkan sesebuah kawasan Parlimen ditentukan nasibnya oleh pengundi luar yang sebenarnya tidak ada “sense of ownership” atau taat setia kepada kawasan itu, contohnya oleh mereka yang dijadikan permainan politik oleh sesetengah parti dengan memindahkan mereka secara terancang.” tegasnya.

Reezal berpendapat perlu ada tapisan berdasarkan kriteria yang munasabah bagi melayakkan seseorang pemilih menjadi pengundi luar di sesuatu kawasan.

“Contohnya ada individu menggundi di Kepala Batas sedangkan dia tidak lahir atau pernah tinggal di Kepala Batas, dia tidak pernah ada saudara di Kepala Batas, malah dia tidak pernah belajar di Kepala Batas, mana mungkin dia menjadi pengundi luar di Kepala Batas. Kalau orang macam itu kesahihannya sebagai pengundi luar boleh dipertikaikan,” jelas beliau.

Ujarnya lagi, kini perkara itu tidak sukar dilakukan kerana dengan kemajuan sistem teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia, pangkalan data semua jabatan atau agensi yang berkaitan boleh saling dihubungkan dan maklumat boleh dianalisa dengan pantas.

“Tak susah nak buat tapisan. Setiap orang ada sijil lahir, ada rekod dia lahir di mana, dia sekolah di mana, dia kerja di mana…semua ada dalam sistem sekarang ni, sistem yang sudah sedia “interconected” (saling dihubungkan) antara JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), pangkalan data mykad, SPR, dan mungkin boleh juga dihubungkan dengan rekod persekolahan di pangkalan data Jabatan Pelajaran, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan lain-lain,” kata Reezal.

Mekanisma pemeriksaan silang (cross checked) ke atas data yang diperolehi itu boleh membantu pihak SPR menentukan kewajaran serta kesahihan seseorang pengundi luar.

MUKHRIZ...minta kaji semula mengenai pengundi luar berdasarkan kepututusan PRK Sungai Limau 4 November lalu.

MUKHRIZ…minta kaji semula mengenai pengundi luar berdasarkan kepututusan PRK Sungai Limau 4 November lalu.

Pada 5 November lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir turut mencadangkan SPR mengkaji semula kewajaran membenarkan pendaftaran orang luar sebagai pengundi sama ada bersifat demokratik.

Menurut beliau, ini kerana tujuan pilihan raya diadakan adalah untuk memilih seorang wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada penduduk yang menetap dalam kawasan DUN atau Parlimen berkenaan.

Cadangan itu dikemukakan Mukhriz kerana mendapati kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Limau sehari sebelum itu disumbangkan oleh Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Besar di mana parti itu mendapat lebih 1,000 undi majoriti di situ.

Ia menghairankan Mukhriz kerana jumlah pengundi di Bukit Besar lebih ramai berbanding penduduk yang menetap di situ.

Beliau percaya pelajar dan tenaga pengajar di sekolah-sekolah pondok di situ masih berdaftar sebagai pemilih meskipun sudah menetap di merata tempat lain seluruh negara.

“Jadi mereka ini bukan penduduk di situ. Malangnya mereka yang dianggap bukan penduduk di situ tetapi mengundi di situ menentukan siapa yang layak menjadi wakil rakyat bagi pihak penduduk yang menetap di kawasan berkenaan,” kata Mukhriz.

Adalah lebih baik jika pengundi luar itu mengundi di tempat tinggalnya kerana di situlah mereka mendapatkan pelbagai perkhidmatan, di situlah tempat mereka memerlukan bantuan jika menghadapi sebarang masalah, dan dengan itu di situlah tempat mereka patut memilih seoranmgh wakil rakyat, kata Mukhriz.-17/11/2013

 

Antara “penemuan” dokumen yang difdakwa bukti wujud pengundi hantu dan pengundi luar

pengundi-hantu pasPengundi hantupengundi impot

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 November 2013 10:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: