Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pengurus besar, Isteri bebas

8 MEI: Pengurus besar anak syarikat milik PRASARANA dan isteri yang direman sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan kes rasuah dibebaskan dengan jaminan.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman pada hari ini, membenarkan  setiap suspek dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, suspek yang diiringi peguam tiba di Mahkamah Putrajaya pada jam 9.10 pagi tadi.

Sebelum ini dilaporkan bahawa hasil siasatan awal mendapati suspek menerima wang rasuah yang dianggarkan berjumlah RM600,000 bagi meluluskan beberapa projek pembekalan bas, alat ganti bas dan pembaikan bas.

Katanya, suspek yang pernah bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang, dipercayai mengambil wang sogokan sejak 2013 menerusi beberapa projek yang dilaksanakan di bawah penyeliaannya dan dimasukkan ke akaun milik isterinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan akan berdepan hukuman penjara 20 tahun serta denda sehingga lima kali ganda nilai suapan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 May 2017 1:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: