Kategori Berita Antarabangsa

Peniaga barang antik China rugi RM4.4 juta

5 MEI: Seorang lelaki yang menjual barang antik di selatan China mengalami kerugian hampir 7 juta yuan (RM4.4 juta) selepas kawah gangsa purba yang dalam proses penghantaran kepada pembeli didapati pecah.

Lapor Southern Metropolis News, barangan dihantar melalui kurier dari lokasi yang tidak didedahkan di wilayah Hunan ke Shenzhen, namun hancur berkecai sebaik tiba kepada penerima.

Sebelum itu, lelaki berkenaan pada mulanya bersetuju menjual barangan antik yang didakwanya dari Dinasti Zhou kepada seorang pengumpul di Shenzen.

Menurut lelaki itu, dia membayar lebih 900 yuan (RM565) termasuk insuran untuk menghantar barangan itu dan memberitahu firma penghantar untuk berhati-hati ketika mengendali barangan berharga itu.

Firma kurier bagaimanapun bertanggungjawab terhadap kejadian itu dan lelaki itu hanya dibayar  30,000 yuan (RM18,831) untuk tuntutan insuran.

Bagaimanapun, keraguan berkenaan keaslian kawah itu dipertikaikan oleh sesetengah pihak, terutama netizen susulan berita itu menjadi viral di media sosial.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 May 2017 5:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: