Kategori Berita GSTBerita Utama

Penjelasan besar-besaran GST bermula

Rakyat yang masih keliru dan mahu maklumat lebih tepat berhubung  Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak perlu khuatir kerana kerajaan akan menyebar luas maklumat kepada rakyat secara besar-besaran mulai bulan ini.

Malah menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah, berkata selain memberi pengenalan kepada sistem percukaian GST, pegawai kementerian akan turun padang untuk memberi penerangan kepada rakyat supaya salah faham mengenai GST dapat ditangani.

“Kita telah pun memberi penerangan kepada ahli akademik, usahawan dan peniaga. Sekarang kita ada 17 bulan untuk menerangkan kepada orang awam dengan lebih agresif,” katanya kepada Bernama.

irwansiregar

Dr Mohd Irwan

Beliau berkata banyak maklumat tidak betul dan mengelirukan mengenai GST yang disebarkan oleh pembangkang dan pihak lain yang tidak bertanggungjawab.

“Contohnya, ada yang kata GST ialah cukai tambahan kepada cukai sedia ada. Pada hal ia untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada yang akan dimansuhkan,” katanya.

Selain penyebaran maklumat dan penjelasan isu melalui media massa dan media sosial, wakil rakyat dan ketua masyarakat juga ditugaskan untuk memberi maklumat mengenai GST dengan cara yang mudah difahami dan praktikal.

“Kita juga sudah sediakan laman web, e-mel dan ‘hotline’ untuk mereka yang mahu mendapatkan maklumat mengenai GST,” katanya.

Mohd Irwan berkata GST yang bakal dikuatkuasakan pada 1 April 2015, tidak akan membebankan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

“Rakyat tidak perlu bimbang. Kerajaan telah membuat perancangan yang teliti dan menyeluruh sebelum melaksanakan GST bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Malaysia akan melaksanakan sistem GST mulai 1 April 2015 ketika membentangkan Bajet 2014.

GST tidak akan dikenakan ke atas beberapa barangan makanan asas yang menjadi keperluan harian rakyat. – 1/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 November 2013 3:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: