Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penukaran agama Islam 3 beradik terbatal

29 JAN: Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memutuskan penukaran agama tiga anak kepada M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam tidak sah di sisi undang-undang.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan sebulat suara hari ini selepas membenarkan rayuan akhir Indira (foto) berhubung kesahihan penukaran agama tiga anaknya iaitu Tevin Darsiny, 21, Karan Dinish,20 dan Prasana Diksa 9, kepada Islam.

Laporan BH Online menyebut bahawa menerusi 99 mukasurat penghakiman yang dibacakan HakimTan Sri Zainun Ali, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

Beliau berkata, pihaknya berpendapat bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan kuasa penyeliaannya bagi memutuskan aduan yang dibuat oleh perayu terhadap tindakan pentadbiran Pendaftar Mualaf dalam mengeluarkan Sijil Perakuan Memeluk Islam itu.

“Pendaftar Mualaf tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sijil penukaran agama kanak-kanak kepada Islam kerana tidak mematuhi Seksyen 96 (1) dan 106 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004.

“Kami juga mendapati bahawa sijil penukaran dikeluarkan tanpa persetujuan perayu dengan demikian melanggar Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5 dan 11 Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 (GIA). Sijil penukaran itu tidak sah dan mesti diketepikan.

“Atas alasan yang dinyatakan di atas, kami membenarkan ketiga-tiga rayuan oleh perayu. Keputusan majoriti dan perintah Mahkamah Rayuan kini diketepikan. Kami mengesahkan keputusan ini dan perintah Mahkamah Tinggi, tanpa sebarang kos,” katanya.

Pada 30 Disember 2015, Mahkamah Rayuan membuat keputusan majoriti 2-1 untuk mengembalikan semula sijil penukaran agama tiga anak itu yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum itu.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu ditukarkan kepada agama Islam oleh bapa mereka Muhammad Ridhuan Abdullah, 48 pada April 2009 tanpa keizinan Indira Gandhi selepas beliau memeluk Islam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2018 3:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: