Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penungang motosikal Z800 putus kepala

16 FEB: Seorang penunggang motosikal berkelajuan tinggi maut selepas kepalanya terputus dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 7.1 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) menghala Selatan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yusof berkata dalam kejadian 11 malam itu, penunggang motosikal Kawasaki Z800 itu dikatakan memotong kereta Honda CR-V yang berada di lorong kedua dari sisi kiri sebelum cuba memotong sebuah kereta Perodua Alza di lorong pertama.

“Bagaimanapun, mangsa gagal mengawal motosikalnya dan melanggar sisi kanan kenderaan itu, menyebabkan motosikalnya jatuh di lorong kedua lebuh raya sebelum berpusing beberapa kali dan dilanggar Honda CR-V yang tidak sempat membrek.

“Mangsa terpelanting ke arah besi pembahagi jalan di tengah jalan dan lehernya dipercayai terkena besi berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat putus kepala,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dzaffir berkata ketika kejadian, mangsa yang berusia 25 tahun itu berasal dari Mantin, Negeri Sembilan, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seremban

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 February 2018 4:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: