Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penunggang basikal maut diseret 100 meter

13 FEB: Seorang lelaki maut selepas diseret kereta hampir 100 meter dalam kemalangan di Pekan Gurney, Sitiawan malam tadi.

Dalam insiden jam 9.50 malam, mangsa dikenali sebagai Alam Hashim, dipercayai warga Bangladesh meninggal dunia di lokasi kejadian selepas basikal ditunggangnya dirempuh kenderaan itu.

Laporan sebuah portal berita menyebut ketika kejadian, kereta PROTON Waja dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun merempuh sisi kanan basikal mangsa yang dipercayai datang dari bahu jalan sebelah kiri dan melintas ke kanan jalan,

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Khairul Azizi Kamaruddin, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 9.59 malam.

“Kemalangan menyebabkan mangsa terseret hampir 100 meter dan terperosok di bawah kereta.

“Bomba mengambil masa hampir 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang maut di tempat kejadian menggunakan peralatan khas,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2018 12:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: