Kategori Berita Antarabangsa

Penunjuk perasaan baling bom najis manusia

12 MEI: Penunjuk perasaan anti-kerajaan di Caracas, Venuzuela membaling bom ‘najis manusia’ ke arah polis dalam tunjuk perasaan terbaharu disebabkan krisis ekonomi di negara itu.

Menurut Inspektor Kehakiman Venezuela, Marielys Valdez, penggunaan najis atau `koktel poopootov’ itu sama seperti senjata kimia dan dianggap satu jenayah berat.

“Ia adalah senjata biokimia. Penggunaan senjata biokimia dikategorikan sepenuhnya sebagai jenayah dan berhadapan hukuman berat.

“Penggunaan senjata kimia, dalam kes ini najis manusia dan haiwan ada akibatnya. Ia boleh mencemari air dan menyebabkan penyakit,” lapor AFP, Jumaat.

Pertempuran harian  sejak 1 April lalu antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan menyebabkan 38 terbunuh.

Penunjuk perasaan menyalahkan Presiden Nicolas Maduro atas krisis ekonomi serta menyebabkan kekurangan bekalan makanan.

Mereka menuntut pilihan raya awal, menuduh presiden menekan penunjuk perasaan dan cuba menjalankan pentadbiran kuku besi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 May 2017 3:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: