Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penuntut Malaysia di Scotland maut

3 JUN: Seorang pelajar jurusan perubatan warga Malaysia di Universiti Edinburgh, Scotland maut selepas dilanggar bas di tengah bandar itu, Rabu lalu.

Zhi Min Soh, 23  berasal dari Puchong yang memulakan pengajian pada tahun 2015, dilanggar sebuah bas apabila roda basikal yang ditunggangnya terperangkap di landasan trem.

Memetik laporan portal berita Edinburgh Evening News, nahas berlaku pada jam 8.30 pagi ketika keadaan trafik sesak teruk.

Min Soh dikejarkan ke Hospital berdekatan sejurus selepas kejadian itu, bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 June 2017 6:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: