Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penyelam berjaya masuk ke dalam kapal korek

22 MAC: Dua penyelam pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya memasuki kapal korek pasir yang terbalik di perairan Muar pada jam 4.30 petang tadi.

Pengarah Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Datuk Abu Bakar Idris berkata penyelam memasuki pintu belakang bilik enjin kapal itu selepas pasukan SAR berjaya membawa kapal terbabit ke kawasan cetek yang terletak tiga batu nautika dari darat.

“Kita juga meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kapal bagi tujuan pengawasan dan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa sehingga berjaya membawa keluar kesemua mangsa,” katanya di lokasi Pos Kawalan SAR Pantai Leka, Johor hari ini.

Dalam kejadian pagi Rabu, kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 dilaporkan terbalik bersama 18 kru berhampiran perairan Parit Jawa, Muar.

Lewat petang semalam, pasukan SAR berjaya menemui empat anak kapal warga China dengan seorang daripadanya meninggal dunia dan dipercayai terdapat 14 kru masih terperangkap dalam kapal terbabit.

Mengulas perkara itu, Abu Bakar berkata pihaknya belum dapat mengenal pasti jumlah mangsa yang masih hidup.

“Kita akan meneruskan operasi sehingga semua mangsa berjaya dikeluarkan dan semua aset serta anggota yang terbabit dalam operasi ini diletakkan dalam keadaan bersedia,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 March 2018 11:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: