Kategori Berita Antarabangsa

Penyelesaian kes rasuah: Saudi sita lebih 400b riyal

30 JAN: Arab Saudi sedang mengatur untuk merampas lebih 400 bilion riyal (RM411 bilion) dalam bentuk penyelesaian kewangan dengan ahli perniagaan dan pegawai kerajaan yang ditahan berhubung operasi membanteras rasuah di negara ini, baru-baru ini.

Peguam Negara Arab Saudi, Sheikh Saud Al Mojeb berkata, daripada 381 individu yang ditahan, sebanyak 56 orang masih belum membuat sebarang penyelesaian dan masih ditahan, berkurangan daripada 95 orang minggu lalu.

“Nilai anggaran penyelesaian kes rasuah ketika ini berjumlah 400 bilion riyal (RM411 bilion) mewakili pelbagai jenis aset termasuk hartanah, entiti komersial, keselamatan, wang tunai dan sebagainya,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 January 2018 10:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: