Kategori Berita Antarabangsa

Penyerang London dikenalpasti

6 JUN: Polis Metropolitan United Kingdom menamakan dua daripada suspek yang terbabit dalam insiden rempuh dan tikam berhampiran London Bridge dan Borough Market, London.

Salah seorang suspek dikenal pasti sebagai Khuram Shazad Butt, berusia 27 tahun, warga Britain kelahiran Pakistan.

Sementara seorang lagi suspek dikenal Rachid Redouane, mempunyai dua kewarganegaraan, Libya dan Maghribi.

Kedua-dua suspek berasal dari kawasan kejiranan Barking di timur London, lapor Agensi.

Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti suspek penyerang ketiga.

Seramai tujuh orang maut dalam serangan rempuhan van dan tikaman pada malam Sabtu, sementara 48 yang lain cedera.

Polis berjaya menembak mati tiga suspek lelaki, yang menggunakan van sewa untuk merempuh pejalan kaki di London Bridge, sebelum menyerang orang ramai di Borough Market dengan pisau.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 June 2017 11:04 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: