Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penyingkiran Mugabe wajar jadi teladan kepada rakyat Malaysia

7 DIS: Pemberontakan rakyat Zimbabwe sehingga menyingkirkan Presiden Robert Mugabe perlu dijadikan teladan oleh rakyat Malaysia.

Apatah lagi ketika negara bakal melangsungkan PRU ke-14 tahun hadapan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, kuasa rakyat yang menggulingkan pemimpin diktator itu membuktikan tiada rakyat di dunia ini sanggup menerima pemerintahan kuku besi seperti yang diamalkan oleh pemimpin berusia seperti Mugabe.

“Jika pemimpin sezaman dengan Dr Mahathir pun sudah ditolak negara Zimbabwe dan juga di beberapa negara lain, takkanlah kita rakyat Malaysia nak pilih lagi dia sedangkan kita ada pemimpin seperti Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekarang yang berwibawa dan berkemampuan.

“Dr Mahathir sudah tidak lagi mampu membawa negara ini lebih tinggi daripada apa yang telah dilakukannya ketika memerintah, jadi kena realistik dan tidak boleh meletakkan negara dalam keadaan yang tidak menentu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di PWTC, pada Khamis.

Menurutnya, beliau tetap yakin bahawa rakyat Malaysia tidak mahu peristiwa yang terjadi di Zimbabwe itu berlaku di negara ini sehingga sanggup memilih pemimpin berusia seperti Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri

“Rakyat harus berfikir secara matang. Tidak boleh sewenang-wenangnya letak pemimpin yang hanya mahu menjadi pemimpin atas perasaan marah dan dendam peribadi. Ini soal masa depan negara,” katanya

Reaksi Ahli Parlimen Lenggong itu bagi mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang menyentuh mengenai kesanggupan segelintir pihak dipimpin individu yang usianya seperti senja menanti malam, sedangkan rakyat Zimbabwe menolak Mugabe yang seangkatan usia dengan individu itu.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 5:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]