Kategori Berita Utama

Penyokong pembangkang hentam Bung Mokhtar ‘buta mata’

Tindakan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mengoyakkan usul oleh ahli parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh mendapat kecaman penyokong parti pembangkang.

Jelaslah, penyokong pembangkang bukan sahaja buta mata tetapi buta hati kerana jika diteliti ahli-ahli parlimen pembangkang yang mula bertindak mengoyak kertas usul kerajaan bagi menggantung ahli parlimen PKR Padang Serai, N. Surendran kerana menghina Speakar pada sesi pagi persidangan Khamis lalu.

Bukan sahaja mengoyakkan malah ada ahli parlimen melipat kertas usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan dijadikan kapal terbang kertas.

Mereka juga tidak mengundi usul penggantungan yang diluluskan dengan 92 ahli parlimen BN menyokongnya.

"USUL HARAM"...Bung Mokhtar memulakan tindakan mencarikkan kertas usul pembangkang.

“USUL HARAM”…Bung Mokhtar memulakan tindakan mencarikkan kertas usul  pembangkang dan beliau dikecam penyokong pembangkang menerusi twitternya.

Namun, serangan penyokong pembangkang dilaman twitter Timbalan Pengerusi BNBBC itu tidak melemahkan hati atau mematahkan semangat Bung Mokhtar yang memang sentiasa lantang di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun,serangan penyokong pembangkang itu dibalas oleh penyokong Bung Mokhtar malah selain menyatakan sokongan terhadap ahli parlimen itu, mereka yang mengkritik Bung Mokhtar dianggap bacul seperti pemimpin mereka.

Bung Mokhtar sendiri berkata, walaupun menerima serangan tersebut, ia tidak akan melemahkan dirinya, sebaliknya, akan terus memberi kekuatan dalam profesionnya.

“Serangan hebat yang bertali arus seperti hujan lebat dari cyber trooper dan pengikut-pengikut PR…tidak melemahkan saya dan ia nya memberi kekuatan kepada saya,” katanya.

Ahli Parlimen BN membantah usul dibawa Fauziah kerana kesilapan fakta berkaitan usul potongan gaji lima penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri dan sebahagian mereka mengoyakkan kertas usul tersebut.-17/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 November 2013 10:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: