Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penyokong pembangkang maki peserta bantah Khai Loon cetus kekecohan

19 JAN: Tindakan seorang lelaki dipercayai penyokong pembangkang memaki hamun peserta perhimpunan membantah penghinaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Machang Bubuk, Lee Khai Loon terhadap Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak di Pasar Alma, Butterworth pada Ahad mengundang kekecohan.

Penyokong pembangkang dikelilingi anggota polis yang cuba menyelamatkannya dari dibelasah.

Penyokong pembangkang dikelilingi anggota polis yang cuba menyelamatkannya dari dibelasah.

Akibat tindakan itu, lelaki berkenaan dikejar lebih 30 peserta perhimpunan yang terdiri daripada ahli Umno, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai di Pulau Pinang.

Mujur lelaki berkenaan bernasib baik kerana keadaan tegang itu berjaya dikawal sepasukan anggota polis, termasuk yang berpakaian biasa yang bertugas di tempat kejadian.

Mangsa yang memaki hamun peserta perhimpunan di 'selamatkan' dalam kenderaan polis.

Mangsa yang memaki hamun peserta perhimpunan di ‘selamatkan’ dalam kenderaan polis.

Lelaki berkenaan kemudiannya diselamatkan anggota polis dan dibawa meninggalkan lokasi perhimpunan di dalam kenderaan polis bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Perhimpunan mengecam dan mengutuk Khai Loon kerana menyumbat kangkung ke dalam mulut patung replika perdana Menteri masuk hari kedua pada Ahad dan dianjurkan oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang serta diketuai Pengerusi BBadan Perhubungan UMNO negeri itu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sama seperti semalam, dianggarkan lebih 3,000 orang turut serta dalam perhimpunan itu hari ini.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 January 2014 2:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: