Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Peralihan kuasa PM jangan sampai susahkan rakyat

16 MEI: Jangan menimbulkan kesusahan rakyat dan buat ikut proses yang betul.

Itu kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Marang itu berharap sebarang tindakan yang akan dibuat kerajaan pusat di bawah pimpinan PH mengikut proses dan mengambil kira kepentingan rakyat khususnya umat Islam.

“Itu terpulang (penyerahan jawatan perdana menteri) kepada mereka yang mendapat kuasa (jadi kerajaan pusat).

“Kita harap proses itu tidak menimbulkan kesusahan kepada rakyat..proses yang betul, yang baik, yang lebih menjamin (kesejahteraan rakyat).

“Islam mesti menguasai negara. Majoriti rakyat adalah Islam. Sebarang langkah yang menjejaskan umat dan Islam, Pas akan berdiri dengan tegas,” katanya.

Beliau menghadiri Himpunan Kesyukuran Kerajaan Rakyat Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, malam tadi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 9:20 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: