Kategori Berita Antarabangsa

Perang dingin mungkin berlaku jika sentimen anti-Russia berpanjangan

28 MAC: Perang dingin akan melanda dunia jika negara Barat terus melakukan penentangan terhadap Moscow susulan kejadian serangan agen saraf terhadap bekas perisik Rusia di United Kingdom (UK).

Laporan Reuters memetik Duta Rusia ke Australia Grigory Logvinov berkata ia berkemungkinan berlaku jika kempen anti-Rusia diteruskan oleh negara terbabit.

“Tindakan itu tidak membawa sebarang manfaat pada masa hadapan dan kita akan berada dalam situasi Perang Dingin jika ia berterusan,” katanya.

Logvinov (foto) turut menolak dakwaan bahawa Moscow menjadi dalang di sebalik serangan terbabit.

“Kami berkata kepada mereka bahawa kita tidak mempunyai sebarang bukti tetapi UK tetap berdegil untuk tidak memberi sebarang bukti.

“Mereka juga sudah melanggar peruntukan dan protokol Konvensyen Larangan Senjata Kimia,” tegasnya.

Sebelum ini, kerajaan Rusia menafikan terbabit dalam serangan agen saraf terhadap bekas perisik Rusia, Sergei Skripal dan anak perempuannya di Salisbury, England pada 4 Mac lalu.

Amerika Syarikat dan negara-negara di Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan mengusir pegawai diplomat Rusia secara besar-besaran sebagai tindak balas daripada insiden berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 March 2018 9:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: