Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Perdana Menteri lancar Bantuan Khas Pesawah

27 MAC: Bantuan RM200 sebulan yang diumumkan kerajaan pada pembentangan Bajet 2018 lalu akan dinikmati seramai 325,518 pesawah seluruh negara termasuk pengusaha padi bukit di Sabah dan Sarawak dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian.

Daripada jumlah tersebut, 258,839 merupakah kalangan petani padi sawah, sementara 66,679 adalah pengusaha padi bukit.

Lebih istimewa, Majlis Pelancaran Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok di sini hari ini disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Berucap pada majlis itu, Perdana Menteri berkata, sumbangan berkenaan sebagai menghargai jasa golongan berkenaan dalam meningkatkan sektor pertanian negara.

“Saya ingin tekankan pesawah padi merupakan satu golongan yang mesti kita hargai sumbangan mereka. Mesti fahami jerih payah dan keringat yang dicurahkan oleh mereka sebagai penanam padi kerana usaha untuk tanam padi adalah berlainan daripada pekerjaan lain,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan bantuan berkenaan untuk meringankan beban pesawah dan pengusaha padi bukit sementara menunggu hasil tuaian mereka bagi penanaman padi bermula tahun ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2018 3:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: