Kategori Berita Utama

Perdana Menteri tidak pernah beri arahan kata KP SPRM

4 NOV :  Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad hari ini menegaskan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang arahan daripada Perdana Menteri atau mana-mana menteri berhubung tugasnya dan SPRM.

“Tidak pernah, tidak pernah sama sekali Perdana Menteri beri arahan atau suruh mengambil tindakan kepada mana-mana pihak, tapi apa yang you all dengar MACC dikongkong ikut telunjuk pemimpin negara, itu semua tak benar kerana kepimpinan Datuk Seri Najib (TunRazak) tidak pernah memberi apa-apa arahan.

“Saya bebas terhadap siapa sahaja yang saya fikir perlu untuk ambil tindakan, itu realitinya,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM berdialog bersama Biro Pelajar Luar Negara pada Majlis “Millenials Empowerment Summit 2017” (MES) di Hotel Seri Pacific

Penjelasan Dzulkifli sekaligus menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh Perdana Menteri dan kerajaan mengongkong SPRM meskipun ia merupakan sebuah badan bebas.

Beliau menjawab soalan mahasiswa Kelab UMNO luar negara dalam program Rasional Memerangi Rasuah bersama mahasiswa dan pelajar-pelajar di sebuah hotel di ibu negara, Isnin.

Tambah Dzulkifli, beliau tidak pernah mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana ahli politik atau tokoh korporat yang membolehkan mereka mudah untuk meminta bantuan daripadanya.

“Saya tak berapa rapat dengan siapa pun, dahulu saya kerja di belakang tabir, walaupun duduk di kepimpinan atasan, tapi orang tak kenal Datuk Dzul ketika itu. Hidup saya aman damai, tapi selepas ambil kepimpinan ini (Ketua Pesuruhjaya), kehidupan saya berubah dan berhadapan dengan semua.

“Tetapi tidak ada yang telefon saya untuk beri tekanan atau minta tolong, seorang menteri pun tak pernah, mereka pun takut nak minta tolong dari saya agaknya,” ujarnya berseloroh.

Dalam program sama, beliau turut ditanya mengenai kenapa sekarang siasatan dilakukan terhadap bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, belum dahulu lagi.

Dzulkifli berkata, masa atau tempoh siasatan bukan persoalan utama kerana apa yang lebih penting adalah keterangan dan maklumat yang diperolehi bagi membolehkan SPRM membuat siasatan selanjutnya.

“Kita bukan setakat bersikap profesional, tetapi juga mesti berdasarkan keterangan yang ada dan maklumat yang diberikan. Isunya bukan masalah bila, sama ada tahun lepaskah, tahun ini kah, kalau tak berlakunya rasuah, tidak ada tindakan yang diambil,” jelasnya lagi.

Beliau juga menyentuh isu rasuah membabitkan Jabatan Air Sabah.

“Siapa sangka jabatan air terlibat dengan rasuah yang begitu besar?. Jumlah, rampasan wang tunai menjangkau RM117 juta, ini adalah rampasan terbesar dalam sejarah Malaysia.

“Agaknya dia nak hidup, bangun tidur dan tidur dengan duit, bayangkan dalam kereta pun ada RM4 juta. Dia pun nak bau duit agaknya semasa pergi bekerja,” kata Dzulkifli.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 December 2017 5:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: