Kategori Analisa Isu Semasa

PERDEBATAN ISU HUDUD DI DEWAN RAKYAT

28 MAC: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan sekiranya kerajaan negeri Kelantan sudah bersedia melaksanakan  hukum Hudud, kerajaan Pusat turut  bersedia bersama-sama.

hudud14“Terpulang kepada ahli-ahli Yang Berhormat untuk membawa usul persendirian bagi membentang Rang Unang-Undang daripada ahli yang bukan ahli kerajaan di Dewan Rakyat,” katanya ketika menggulung perbahasan titah Agong di Parlimen, Khamis.

Menjawab soalan ahli parlimen PAS Pasir Mas Nik Abdul Nik Abdul Aziz mengenai reaksi kerajaan Pusat terhadap Enakmen Jenayah Syariah di negeri Kelantan, Jamil Khir menegaskan, ahli-ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional atau UMNO telah memberi sokongan kepada enakmen itu Dewan Undangan Negeri.

Ikuti video perbebatan atau perbahasan mengenai hukum Hudud antara Jamil Khir dengan beberapa ahli parlimen BN dan pembangkang di Dewan Rakyat. –bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2014 11:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: