Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Perebutan Wisma Tok Guru, PAN akui menumpang

13 NOV: Pertikaian hak milik Wisma Tok Guru di Salor tidak membabitkan partinya, sebaliknya membabitkan ADUN Salor, Datuk Husam Musa dengan PAS, kata Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

“Perkara ini sudah dikemukakan di mahkamah, jadi pihak peguam minta kita supaya berhati-hati, tidak boleh komen banyak, cuma tunggu keputusan.

“Pada masa sama, sebenarnya kena tanya Husam sebab PAN Kelantan tidak ada kepentingan. Kita didaftarkan di Sungai Keladi, jadi tiada pejabat di sini dan cuma menumpang untuk mengadakan program,” katanya hari ini di Salor.

Isu berkaitan pemilikan Wisma Tok Guru timbul sejak Oktober lalu selepas PAS Kelantan membeli tanah premis berkenaan dan menuntut supaya PAN mengosongkan bangunan itu selewat-lewatnya Jumaat ini.

Bagaimanapun PAN dilaporkan tidak akan mengosongkanya selagi tidak ada keputusan daripada mahkamah berhubung kes berkenaan.

Sebelum ini Husam dilaporkan berkata pemilik bangunan itu menerusi surat menyerahkan tapak bangunan itu untuk kegunaan beliau sampai bila-bila.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 November 2017 5:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: