Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Perhimpunan Agung UMNO 2017 bermula hari ini

5 DIS: Pusat Dagangan Dunia Putra membuka tirainya kepada 5,739 anggota perwakilan UMNO yang berkampung bagi mengikuti Perhimpunan Agung terakhir parti itu sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Seperti kelazimannya, hari pertama perhimpunan itu akan menyaksikan anggota perwakilan menghadiri majlis taklimat tertutup Presiden UMNO yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan amanatnya termasuk tentang persiapan PRU14.

Bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ berkibar di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-71 hari ini.

Acara penting pada hari pertama perhimpunan itu turut melibatkan perasmian serentak tiga sayap UMNO iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bagi menyuntik kesiagaan dalam menghadapi PRU14.

Selain itu, Laman Media yang menempatkan wakil-wakil media yang membuat liputan sepanjang perhimpunan agung UMNO dan mini konvesyen penerangan parti juga akan dirasmikan hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan berlangsung sehingga 9 Dis ini.

Ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dihiasi banting dan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ memeriahkan lagi suasana persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC hari ini.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 December 2017 10:22 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: