Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Perhimpunan Teguh MCA, GERAKAN bukti hubungan utuh

6 JAN: Dua parti komponen utama Barisan Nasional (BN), MCA dan GERAKAN hari ini berkongsi pentas menunjukkan keutuhan kerjasama mereka untuk kemajuan masyarakat Cina di negara ini.

Perhimpunan Teguh Bersama yang julung kali diadakan itu berlangsung di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang, dihadiri lebih 3,000 perwakilan dari kedua-dua parti.

Perhimpunan bermula jam 11 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, disusuli tayangan video yang memaparkan kejayaan kedua-dua parti sepanjang bersama dalam BN.

Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong kemudian menyampaikan ucapan kira-kira satu jam, antara lain menyentuh usaha dilakukan parti itu untuk masyarakat Cina.

Beliau juga menyatakan rasa kesal dengan kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang sejak 10 tahun mentadbir negeri berkenaan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kemudian menyampaikan ucapannya, antara lain menyentuh usaha bersama MCA dan GERAKAN dalam membantu memajukan masyarakat Cina di Malaysia.

Antara yang disentuh, termasuk inisiatif untuk peniaga dan penjaja, pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan penyertaan usahawan Cina dalam inisiatif Satu Jajaran, Satu Laluan di China.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 January 2018 2:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: