Kategori Berita Utama

Peringatan kepada pembangkang hentikan ‘ekonomi sabotaj’ demi rakyat, negara

20 MAC : Tindakan sesetengah pihak yang sengaja menggunakan ‘ekonomi sabotaj’ dengan menyebarkan perkara yang tidak tepat dan berasas tentang ekonomi negara harus dihentikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan demi kepentingan rakyat dan negara, ia perlu dihentikan kerana sentimen berkenaan sedikit sebanyak akan menjejaskan nilai pelaburan kepada negara.

“Perkara itu sedikit sebanyak adalah sentimen yang boleh dipengaruhi dengan cerita-cerita yang bertujuan memburukkan ekonomi negara dengan mengeluarkan fakta yang tidak mempunyai asas dan tepat.

“Selain perkara ini tidak wajar, walaupun kita ada perbezaan politik tetapi demi kepentingan negara tidak seharusnya dijadikan pertaruhan dalam soal politik kepartian. Ini penting sebab kepentingan negara mengatasi segala-galanya,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim pada sesi soalan lisan di Parlimen, Isnin.

Lebih memburukkan tambah Najib, sebelum ini tindakan sabotaj ekonomi oleh kumpulan pembangkang hampir menyebabkan negara hilang pelaburan sebanyak RM31 bilion.

Bagaimanapun kerajaan berjaya menangani perkara tersebut dengan membetulkan fakta tersebut selain meyakinkan pihak terbabit dengan membuktikan ekonomi negara sedang ditangani dengan begitu baik.

“Saya berharap dan merayu jangan ada unsur demikian. Sepertimana yang saya cakap sebelum ini kita hampir hilang pelaburan daripada Saudi Aramco bernilai RM31 bilion ringgit kerana fakta yang tak betul sama sekali yang disebarkan pihak tertentu.

“Kita mendapat penarafan yang tinggi oleh badan penarafan, umpamanya mendapat A-. Hanya beberapa buah negara sahaja yang mempunyai penarafan A, tetapi apa yang disebarkan pihak tertentu adalah sebaliknya,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad mengenai tindakan terhadap penyebar kepada sabotaj ekonomi, Najib berkata negara akan memberi gambaran yang lebih tepat dengan harapan gambaran itu diterima dan dipercayai oleh pihak yang lain

“Kita akan tingkatkan lagi enggagement kita kepada pihak luaran terutamanya mereka yang menentukan soal pelaburan, soal perdagangan dan mereka yang mempunyai dana yang besar seperti tabung pencen dan pelaburan bank supaya mereka mengetahui keadaan sebenarnya mengenai ekonomi negara kita,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 March 2017 12:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]