Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Perintah berkurung ESSZONE dilanjut lagi

13 OKT: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 29 Okt yang berkuatkuasa esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata perintah berkurung berkenaan meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran yang bermula dari 6 petang  hingga 6 pagi.

“Orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah dan orang lain tidak dibenarkan memasuki di kawasan yang diisytiharkan pada waktu yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau langkah meneruskan perintah berkurung berkenaan adalah bagi memastikan kawasan perairan itu tidak diceroboh oleh pengganas yang boleh mengancam keselamatan kawasan terbabit.

Tambah Ramli, pihaknya juga menurunkan kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di kawasan perintah berkurung berkenaan untuk mengeluarkan permit bagi tujuan aktiviti perikanan serta laluan yang mendesak.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 October 2017 11:48 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]