Kategori Berita Utama

Perkara mudah pun payah MP pembangkang nak faham!

2 APR: Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique menggulung perbahasan berhubung peruntukan RM12 juta yang dipohon dalam Belanjawan Tambahan bagi pembelian kenderaan, helikopter dan kelengkapan bomba, namun yang dipertikaikan Ahli Parlimen adalah isu perumahan.

Bagaimanapun Halimah tetap bersabar menjawap semua soalan, manakala ahli Parlimen yang mengambil bahagian terus membangkitkan isu projek erumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta skim MyHome biarpun ditegur oleh Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang mempengerusikan mesyuarat.

Halimah menjelaskan, semua yang tersebut itu bukan projek syok sendiri untuk menggembirakan hati mana-mana pihak, tetapi ia adalah komitmen dan janji kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.

Katanya, kerajaan berjanji untuk membina satu juta rumah, merangkumi 500,000 oleh PR1MA, 350,000 oleh pemaju swasta dan 100,000 oleh Syarikat Perumahan NNegara Berhad (SPNB) serta tambahan oleh kementeriannya dalam tempoh lima tahun.

Malah jawatankuasa PR1MA sudah pun ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, manakala SPNB di bawah Kementerian Kewangan dan PPR dibawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sehingga kini, Jabatan Perumahan Negara telah memperuntukkan RM578 juta untuk membina 16,473 unit rumah PPR.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad ketika mencelah mendakwa sasaran satu juta rumah dalam tempoh 5 tahun tidak akan tercapai.

Walau Halimah menjelaskan bagi tahun ini sahaja, lebih 200,000 unit rumah akan dibina, iaitu 100,000 ubnit oleh swasta, 80,000 oleh PR1MA setrta 16,473 unbit lagi oleh Jabatan Perumahan Negara.

Namun Khalid tetap memperlihatkan sikap tipikal pembangkang yang terus berkeras  enggan menerima penjelasan.

Halimah berang dengan OscarSikap Ahli Parlimen DAP Sibu Oscar Ling Chai Yew lebih menjengkelkan.

Walaupun sudah diketahui umum mengenai syarat kelayakan memohon rumah PPR, PR1MA dan MyHome, dan Halimah sendiri sudah menjelaskan golongan yang berpendapatan di bawah RM3,000 layak memohon PPR, manakala skim My Home bagi yang berpendapatan sederhana antara RM3,000 hingga RM4,000 dan PR1MA pula untuk yang berpendapatan RM4,001 hingga RM6,000, Oscar kelihatan seperti benak untuk memahaminya.

Malah ahli Parlimen DAP Sibu itu bangun membuat dakwaan keadaan rumah PPR di kawasannya amat teruk dan hanya dibina dengan kayu dan papan.

Ia membuatkan Halimah berang lalu menemplak Oscar kerana membuat tuduhan melulu sambil mencabarnya mengemukakan bukti.

Saksikan video berikut dan nilai sendiri sama ada tahap IQ yang menjadi masalah atau ahli-ahli Parlimen yang berkenaan sengaja mahu menyakitkan hati.–bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 April 2014 9:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: