Kategori Berita Utama

Perkasa Bumiputera: 8 kementerian capai KPI 100%

29 MEI: Sebanyak lapan kementerian mencapai sasaran 100 peratus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) bagi tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pencapaian itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang pertama hari ini sejak pelancaran Hala Tuju Transformasi Ekonomi 2.0 dan Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) pada 19 April lalu.

Kementerian itu adalah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar; Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Najib berkata, sebanyak 93 KPI PEB, yang diperakukan MEB, yang mempunyai impak tinggi, lebih bersifat berasaskan hasil dengan sasaran yang lebih tinggi telah ditetapkan untuk 25 kementerian, termasuk Jabatan Perdana Menteri bagi tahun lalu.

“Kita mengambil maklum bahawa 23 Kementerian mencapai sekurang-kurangnya 90 peratus sasaran KPI yang telah ditetapkan,” katanya, Isnin.

Menurutnya, antara pencapaian utama PEB kementerian dan agensi bagi 2016 adalah apabila sebanyak 63.8 peratus nilai anggaran kerja tahunan diperuntukkan kepada kontraktor Bumiputera dalam projek pembinaan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Pantai Barat (WCE), Duta Ulu Klang Expressway 2 (DUKE2), Lebuhraya Ekspres Lembah Klang Timur (EKVE) dan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Pada masa yang sama, Najib menjelaskan bahawa KPI PEB Kementerian untuk tahun ini adalah selari dengan strategi dan sasaran Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMKe-11) dan Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0.

“KPI Agenda Pemerkasaan Bumiputera (BEA) bagi 2017 akan memberi tumpuan khusus dalam bidang pembangunan vendor, rantaian bekalan Bumiputera dalam sektor strategik, program latihan di bawah Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), pembangunan rumah mampu milik serta pengenalan dan penambahbaikan dasar bagi pengagihan khusus dan pemerolehan Bumiputera.

“Untuk tahun ini, sasaran KPI BEA adalah lebih tinggi berbanding 2016, di mana KPI yang dirancang akan memberi fokus kepada aspek kualiti, bersifat berdasarkan keputusan serta diselaraskan mengikut operasi teras GLIC dan G20 itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga memaklumkan Khazanah Nasional selaku urus setia program akan terus memperkemas struktur penyampaian dan pelaksanaan BEA bagi memastikan manfaatnya dinikmati masyarakat Bumiputera.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 May 2017 9:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: