Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Perkhidmatan keretapi Tumpat-Kemubu mula 31 Ogos

5 OGOS: Keretapi Tanah Melayu Berhad, KTMB akan memulakan perjalanan tren dari Tumpat ke Kemubu – Dabong sejauh 148 kilometer bermula 31 Ogos ini.

Pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad berkata, pihaknya yakin 128 lokasi yang terjejas akibat banjir besar Disember lalu dapat dibaiki sepenuhnya.

proses baiki landasan“Setakat ini di kilometer 318 Merapoh ke Gua Musang telah siap, ia lokasi yang agak teruk terjejas ketika banjir lalu,” katanya.

Sejak kejadian banjir besar 25 Disember tahun lepas menyebabkan perkhidmatan keretapi di Pantai Timur terjejas.

Selepas kejadian banjir itu, perkhidmatan keretapi ke Pantai Timur hanya berakhir di Gemas dan hingga kini KTMB masih membaiki landasan dan pelbagai kerosakan secara berperingkat-peringkat.

Nawawi berkata kos keseluruhan kerugian KTMB mencecah RM350 juta akibat banjir itu.

“Itu tidak termasuk kerosakan pada kuaters, signalling, track, lokomotif, mesin-mesin, rolling stocks dan sebagainya,” katanya kepada BNBBC.my

Kerajaan katanya, telah menyediakan peruntukkan awal sebanyak RM200 juta sebagai komitmen membaik pulih landasan keretapi itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 4:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: