Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Perkhidmatan aerotrain KLIA pulih

25 DIS: Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali pulih sepenuhnya selepas tergendala sejak awal pagi tadi.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata bahawa perkhidmatan di dua laluan aerotrain yang membawa penumpang dari bangunan terminal ke bangunan satelit itu pulih sepenuhnya pada jam 3.48 petang tadi.

Sebelum ini, satu daripada dua aerotrain berkenaan mula beroperasi semula pada jam 11.22 pagi tadi.

“Kamu juga menghargai kesabaran anda dan memberi jaminan pasukan operasi lapangan terbang kami di seluruh Malaysia bekerja keras untuk memastikan anda menikmati pengalaman yang menggembirakan dan lancar semasa musim perjalanan puncak ini,” kata MAHB dalam kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu pada awal pagi tadi  perkhidmatan aerotrain itu terpaksa dihentikan seketika berikutan kerja penyelenggaraan.

Susulan itu, MAHB menyediakan 16 bas bagi membawa penumpang dari bangunan terminal ke bangunan satelit bagi penerbangan antarabangsa.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 December 2017 6:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: