Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Perlawanan Malaysia-Korea Utara kekal di Pyongyang

8 MEI: Aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia sah tetap akan berlangsung di Pyongyang, 8 Jun ini.

Pengesahan itu dibuat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi satu kenyataan di laman web mereka, sebentar tadi.

“Berdasarkan pengesahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa tiada halangan perjalanan daripada pihak kerajaan.

“AFC bersetuju bahawa aksi Kumpulan B bagi kelayakan Piala Asia 2019 akan berlangsung di Pyongyang, Korea Utara pada 8 Jun 2017,” kata kenyataan itu.

Perlawanan itu yang sepatutnya berlangsung pada 28 Mac lalu di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang, ditunda berikutan ketegangan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Ia berlaku selepas insiden pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), 13 Februari lalu.

Susulan itu, FAM bertindak mengemukakan permohonan kepada AFC untuk bermain di gelanggang berkecuali.

Tindakan diambil FAM itu dilakukan selepas mengambil kira semua aspek terutama keselamatan pemain dan pegawai pasukan.

Malah, sebelum keputusan dibuat AFC hari ini juga, FAM bertegas Malaysia mahukan aksi di stadium berkecuali, bukannya di Pyongyang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 May 2017 11:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: