Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Permit pusat hiburan dihentikan, tak diperbaharui

11 FEB: Kerajaan Negeri Sembilan bercadang untuk tidak mengeluarkan lagi permit atau lesen pusat hiburan keluarga.

Ini kerana hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan pemilik permit menyalahgunakan lesen tersebut dengan menawarkan aktiviti judi siber haram.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bagi permit pusat hiburan keluarga yang akan tamat tempoh juga tidak akan diperbaharui.

Mohamad-Hasan1“Saya akan bawa perkara ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan selepas itu jika dipersetujui atau diluluskan di sana, akan kita bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.

“Kita telah ambil keputusan dan kita akan menguatkuasakan perkara ini dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri pada Rabu.

Mohamad berkata pihak berkuasa termasuk pihak polis dan pihak berkuasa tempatan akan sentiasa memantau kegiatan judi siber agar ia tidak bercambah semula.

“Kita mahu supaya ini tidak dijadikan sebagai kerja bermusim, ia perlu diteruskan dan pemantauan serta kegiatan menyerbu pusat-pusat hiburan yang ada kegiatan judi siber haram ini perlu diteruskan sebagai kerja rutin kita,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 7:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: