Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Permohonan fasakh Nurul Izzah disebut semula 11 Mac

18 FEB: Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes permohonan cerai yang difailkan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Hakim Syarie, Ab Malek Awang menetapkan tarikh itu selepas berjumpa dengan pihak-pihak berkenaan dalam kes itu di dalam kamar beliau pada Selasa.

Peguam Syarie yang mewakili Nurul Izzah, Normawaddah Ramli ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Syariah di Jalan Duta pada Selasa memaklumkan, anak guamnya masih dalam peringkat perbinncangan dengan Raja Ahmad Shahrir untuk cuba menyelesaikan kes mereka secara baik.

Hanya Raja Ahmad Shahrir yang hadir di Mahkamah Syariah pada Selasa bagi mendengar sebutan kes permohonan cerai isterinya Nurul Izzah.

Hanya Raja Ahmad Shahrir yang hadir di mahkamah pada Selasa bagi mendengar sebutan kes permohonan cerai isterinya Nurul Izzah.

Nurul Izzah bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah manakala, Raja Ahmad Shahrir hadir.

Jika tiada perubahan, ini bermakna Naib Presiden PKR itu dan pasangannya perlu hadir di Mahkamah Syariah ketika bapanya, Ketua Umum parti itu menghadiri penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Nurul Izzah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Mengenai desas-desus bahawa Nurul Izzah menarik balik permohonan cerainya itu bulan lalu, difahamkan berita itu tidak benar ekoran tiada permohonan sebegitu dibuat di mahkamah setakat ini.

Nurul Izzah, 34, dan Raja Ahmad Shahrir, 35, berkahwin pada 9 Mei 2003.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, seorang puteri berumur tujuh tahun dan putera empat tahun.-bnbbc.my

nurulizzahweddingkahwinhb6

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 February 2014 11:42 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: