Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Perodua kembalikan bayaran GST pembelian, servis 18-31 Mei

18 MEI: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan mengembalikan bayaran penuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan yang membeli, melakukan servis serta pembelian alat ganti kereta jenama itu.

Bagaimanapun, ia adalah bagi pembelian dan servis bagi tempoh 18-31 Mei, 2018, sebelum GST berkadar sifar dilaksanakan pada 1 Jun ini.

Malah, bermula esok juga, para pelanggan Perodua akan menerima rebat tunai segera sebanyak 6.0 peratus bagi kenderaan yang diservis.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata pengeluar kereta itu akan memulangkan sepenuhnya jumlah GST itu secara tunai kepada pelanggan yang mendaftar atau untuk tujuan servis selain pembelian alat ganti.

“Inisiatif rebat GST itu memaparkan komitmen kami yang sentiasa mengutamakan pelanggan. Mereka yang berminat boleh mengunjungi 179 cawangan jualan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi pelanggan yang membuat transaksi di mana-mana pusat servis hari ini, Perodua akan mengembalikan bayaran itu dalam bentuk e-baucar yang sah mulai 1 Jun ini.

Jumlah rebat GST itu adalah berdasarkan harga jualan bersih kenderaan itu tanpa aksesori GearUp, insurans dan bayaran jualan lain.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 5:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: