Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Perpaduan tonggak kejayaan negara, kata Joseph Kurup

7 MEI: Berikutan ledakan zaman teknologi, rakyat Malaysia digesa tidak mudah dipengaruhi dengan hasutan dan tohmahan yang tidak berasas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata banyak perkara negatif yang sengaja ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terutama di media massa untuk cuba mengelirukan rakyat.

“Isu negatif itu hanya memecahbelahkan perpaduan rakyat di negara ini.

“Oleh itu kita perlu berwaspada dan jangan mudah dipengaruhi dangan tohmahan yang tidak berasas,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perayaan Hotog Kaamatan Kadazan Society Sabah (KSS) 2017, Ahad.

Tegas Kurup, perpaduan nasional adalah elemen penting untuk tonggak kejayaan negara di masa depan.

“Malaysia mampu menjadi negara maju melalui agenda transformasi negara menjelang 2050. Namun kejayaan itu bergantung kepada perpaduan nasional serta sokongan padu rakyat ke atas perancangan dan pelaksanaan pembangunan kerajaan.

“Saya percaya dengan perpaduan yang kukuh, negara kita akan mencapai kejayaan dan semangat cintakan negara akan terus bersemarak di kalangan rakyat majmuk,” kata Ahli Parlimen Pensiangan itu.

Kurup berkata rakyat perlu sedar bahawa kestabilan, keamanan dan kemakmuran yang dinikmati selama ini bukan wujud secara semula jadi.

Sebaliknya, beliau berkata ia adalah hasil usaha dan pengorbanan pemimpin, kerajaan dan seluruh lapisan masyarakat sejak dahulu lagi.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 May 2017 10:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: