Kategori Berita Utama

Persatuan Bible Malaysia serah kepada Kerajaan Persekutuan cari penyelesaian

4 JAN: Sebanyak 10 perkara dalam perjanjian percetakan, pengimportan dan pengedaran naskah Bible versi Bahasa Malaysia di Semenanjung Malaysia adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan, maka Kerajaan perlu mencari penyelesaian berhubung isu serbuan dan rampasan Bible Jabatan Agama Islam Malaysia (JAIS) di pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) Khamis lalu.

Pada Sabtu beberapa pegawai kerajaan Persekutuan dikatakan telah menemui pemimpin PBM di pejabat persatuan itu bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Setiausaha Agung PBM, Dr Simon Wong bagaimanapun enggan mendedahkan siapa pegawai-pegawai berkenaan tetapi menjelaskan bahawa mereka daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Mereka berjanji bahawa mereka akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan isu ini. Kami menyerahkan kepada mereka untuk berbuat demikian,” kata Wong seperti yang dilaporkan portal berita online MStar.

Menurut Wong lagi, sejumlah naskah Bible dirampas JAIS Khamis lalu mempunyai tanda salib dan perkataan ‘Penerbitan Kristian’ dicetak pada kulitnya sebagaimana yang dikehendaki di bawah perjanjian 10 perkara itu.

Naskah Bible diimport dan akan disemak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum diluluskan kepada PBM.

Lee Min Choo Presiden Persatuan Bible Malaysia (PBM)

Lee Min Choo
Presiden Persatuan Bible Malaysia (PBM)

Presiden PBM, Lee Min Choon turut mengunci mulut mengenai identiti pegawai JPM yang menemui mereka selama satu jam.

“Mereka adalah daripada Kerajaan Persekutuan, manakala Jais adalah badan negeri yang bukan di bawah bidang kuasa mereka. Mereka perlu menyelesaikannya mengikut prosedur mereka,” kata Lee sambil memaklumkan setakat ini belum mendengar sebarang maklumat rasmi sama ada daripada kerajaan negeri Selangor atau JAIS susulan kejadian Khamis.

Semalam Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Dr Eu Hong Seng berkata, rampasan naskah Bible dan soal siasat terhadap dua pegawai PBM melanggar hak kebebasan beragama yang dinyatakan dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Kami menyeru Perdana Menteri dan anggota Kabinet untuk mendukung perkataan dan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan hak-hak masyarakat Kristian,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 January 2014 5:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: