Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Persetankan mereka, kata Azmin

7 DIS: Dalam mempertahan dirinya selepas adiknya Azwan Ali berikrar mahu menumbangkan beliau, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, terdapat keluarganya yang digunakan untuk menyerang beliau.

Tanpa menyebut nama, Menteri Besar Selangor itu dalam ucapannya di Klang malam tadi berkata, “ Mana keluarga yang tidak bersama saya, mereka guna untuk menyerang saya,”.

Manakala keluarga yang bersamanya pula ditangkap, ditekan dan diugut secara berterusan, kata Azmin yang dipetik Malaysiakini.

Naib Presiden PKR itu berkata, beliau tidak akan mempedulikan semua serangan itu.

“Pedulikan mereka, persetankan mereka! Saya berada dalam perjuangan ini bukan kerana bicara soal keluarga.

“Saya berada dalam perjuangan untuk mengangkat martabat rakyat dan menyelamatkan negara,” katanya.

Semalam, Azwan  yang juga selebriti terkenal membuat kejutan dengan muncul di Perhimpunan Agung UMNO dan berikirar akan bekerjasama dengan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Azwan berkata, beliau akan bergandingan dengan Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkempen di kerusii yang bakal ditandingi Azmin.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 5:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]