Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pertembungan jawatan tim. presiden PBS

Persaingan yang dinanti-nantikan antara penyandang timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Ongkili dan setiausaha agung Datuk Henrynus Amin bermula selepas kedua-dua pemimpin menerima pencalonan masing-masing bagi jawatan timbalan presiden bagi pemilihan parti 23 Okt ini.

Ketika mengesahkan perkara ini, pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PBS, Datuk Johnny Mositun berkata persaingan ini mencipta sejarah tersendiri bagi parti yang berpangkalan di Sabah kerana jawatan timbalan presiden bagi kuota (biru) Bumiputera bukan Islam akan ditandingi buat pertama kali selepas lebih daripada 18 tahun.

maximusongkiliOngkili  yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, menerima 32 pencalonan manakala Henrynus mendapat pencalonan daripada 20 bahagian, kata Mositun kepada pemberita di ibu pejabat parti di Donggongon, dekat Penampang semalam.

Ia diadakan bagi mengumumkan senarai muktamad calon selepas seminggu tempoh bertenang tamat hari ini.

Bagi jawatan timbalan presiden di bawah kategori (kuning) Bumiputera Islam, beliau berkata penyandang Datuk Almudin Kaida akan terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan penyandang ketua wanita PBS Senator Datuk Jamilah Sulaiman dan Rakam Sijim juga menerima pencalonan mereka.

Satu lagi persaingan yang menarik juga muncul bagi kuota (merah) Cina yang menyaksikan penyandang Datuk Dr Yee Moh Chai dicabar naib presiden Datuk Edward Yong Oui Fah yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri.

Mositun juga mengumumkan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan secara rasmi menang tanpa bertanding jawatan Presiden parti itu.

Pairin, pemimpin pengasas dan tonggak PBS, menerima pencalonan daripada kesemua 57 bahagian PBS termasuk Labuan.

Mositun, yang juga ketua penerangan PBS berkata bagi jawatan naib presiden kategori biru, tiga calon bersaing bagi dua jawatan yang dipilih iaitu Datuk Radin Malleh, Datuk Michael Asang dan Sebastian Anjim.

Bagi jawatan naib presiden kategori kuning, ia akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Datuk Dr Othman Minudin, Mohd Balbir Arjan, Mohd Salbin Mukhsin dan Ruslan Muharam manakala bagi jawatan naib presiden kategori merah, ia merupakan pertandingan antara Ng Loi Teck dan Datuk Thien Fui Yun.

Hanya satu jawatan yang dipilih bagi naib presiden kategori kuning dan merah.

Mositun juga mengesahkan bahawa penyandang ketua pemuda Datuk Jahid Jahim akan mempertahan jawatan bagi menghadapi pencabarnya Datuk Jikulin Nointin @Jack manakala jawatan ketua wanita akan menyaksikan pertandingan antara anggota Dewan Undangan Negeri Tandek, Anita Baranting dan Sabini Ansumor.-9/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 October 2013 4:53 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: