Kategori Berita Utama

Pertemuan tertutup Najib dengan GERAKAN bincang strategi PRU14

14 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najibp Razak hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin tertinggi Parti GERAKAN di ibu pejabat parti itu di Ibu Negara bagi membincangkan isu-isu berkaitan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) .

Ketibaan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) kira-kira 10:30 pagi disambut Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak bersalam dengan kepimpinan Parti GERAKAN ketika hadir ke mesyuarat tertutup serta lawatan kerja beliau ke Parti GERAKAN Malaysia di Menara PGRM hari ini. Turut serta Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong

Difahamkan, dalam pertemuan tertutup kira-kira sejam itu, Siew Keong membentangkan mengenai strategi parti dalam menghadapi PRU14, disusuli amanat khas perdana menteri kepada kepimpinan parti.

Pada PRU13, GERAKAN bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 33 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Awal bulan ini, GERAKAN buat julung kalinya mengadakan perhimpunan bersama MCA yang dihadiri pemimpin tertinggi parti dan anggota akar umbi daripada kedua-dua parti, bertujuan menunjukkan perpaduan parti dan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRU14.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 January 2018 1:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: