Kategori Berita Utama

Peruntukan Kerajaan Pusat berdasarkan Al-Rahman & Al-Rahim

21 APRIL: Pembangkang tidak perlu melatah dengan membuat tuduhan melulu bahawa Kerajaan Persekutuan   bersikap diskriminasi dengan tidak memberi peruntukan pembangunan kepada kepada kawasan palimen dimenangi mereka.

Sebaliknya agihan peruntukan tetap disalurkan berpandukan konsep Al-Rahman dan Al-Rahim dalam mentadbir negara.

Menurut Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Latiff Ahmad, terdapat perbezaaan ketara dalam penerapan dua konsep berkenan yang perlu diperhalusi oleh pembangkang.

“Dalam Al-Rahman bermaksud apa yang patut diberi kepada rakyat, perlu diberi kepada rakyat, kerana itu adalah keperluan untuk rakyat.

“Tapi bagi mereka yang berada di kawasan yang menyokong kuat kepada kerajaan, pendekatannya adalah melalui Al-Rahim, bermakna mereka ni bukan sahaja mendapat seperti rakyat lain tetapi juga lebih. Ini kerana mereka dapat apa yang mereka inginkan,” katanya yang juga Setiausaha Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) kepada BNBBC.my portal, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas  laporan sebuah portal berita bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Ahli Parlimen pembangkang berdasarkan kepada pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan pada 17 Mac lalu.

Sebelum ini, Menterinya, Tan Sri Noh Omar, dilaporkan berkata peruntukan untuk kelulusan projek Berkuasa Tempatan (BP1) adalah terhad dan hanya mengutamakan pihak yang memohon sahaja serta pelaksanaan di kawasan dimenangi  Barisan Nasional (BN)

Noh juga menepis dakwaan Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming  yang mendakwa berlaku diskriminasi.

Sementara itu Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali juga bersetuju dengan pendapat dengan Dr Latiff serta mengesa pembangkang menilai setiap pembangunan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan di kawasan pembangkang khususnya di Selangor.

“Sedangkan sudah banyak pembangunan dan masalah rakyat di Selangor yang dipimpin pembangkang namun tetap di selesaikan oleh kerajaan,  Menteri sudah tentu buat kajian dan pertimbangan yang  mendalam sebelum mengagihkan peruntukan pembangunan ini.

“Sudah tentu keutamaan pada wakil rakyat BN yang lebih fokus dan sentiasa mendahulukan rakyat, sedangkan ahli parlimen pembangkang sentiasa sibuk cari kelemahan Kerajaan Pusat.

Dr Noor Azmi bagaimanapun percaya permohonan oleh pembangkang boleh diluluskan mengikut pertimbangan kementerian berkenaan.

“Itu jika mereka betul-betul serius nak tolong rakyat, tapi janganlah nanti kutuk pulak kerajaan bila dah dapat bantuan peruntukan,” sindirnya lagi.

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 April 2017 6:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]