Kategori Berita Utama

Perwakilan UMNO, rapatkan saf, siap sedia hadapi PRU-14

7 JULAI: Sempena persidangan UMNO Bahagian yang bermula hari ini, semua perwakilan digesa merapatkan saf perjuangan serta bersama-sama mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mahu semua perwakilan mencari strategi serta formula berguna untuk kebaikan bersama.

“Jangan ada kelalaian atau kekurangan apabila dipanggil berjuang di barisan hadapan untuk UMNO.

“InsyaAllah kita semua akan muncul sebagai pejuang terbaik. Selamat bersidang saya ucapkan,” katanya menerusi laman Facebook, semalam.

Sebelum ini, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Januari lalu, menetapkan persidangan tahunan cawangan pada 17 Mac hingga 30 April lalu, sementara bahagian bermula pada 7 Julai hingga 26 Ogos depan.

Persidangan berkenaan dibuat lebih awal berbanding tahun sebelumnya berikutan penganjuran Sukan SEA di Kuala Lumpur pada Ogos depan.

Terdahulu, Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan bahagian di seluruh negara.

“Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan #UMNO bahagian di seluruh negara. Demi Agama Bangsa dan Negara Tercinta #Negaraku #Malaysia,” katanya menerusi akaun Twitter, semalam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 July 2017 10:50 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: